Tiktok Ads Manager adalah platform yang disediakan oleh pihak Tiktok bagi Digital Marketer di seluruh dunia. Dengan pengguna melebihi 689 juta orang yang berada di platform tersebut, maka ramai yang mahu “explore” pengiklanan di Tiktok.
Berikut adalah screenshot dari team SH Network Media dalam mencuba platform Tiktok Ads Manager sebelum pakej Tiktok Ads dikeluarkan untuk client kami.

Paparan dashboard diatas simple dan seperti familiar kan? Jika anda seorang hardcore Digital Marketer, paparan diatas seperti paparan platform Facebook Ads Manager tetapi masih ada ciri yang uni perlu anda explore.

Jika anda dah biasa dengan Business Manager di Facebook, anda juga boleh membuat Business Center di Tiktok. Maka, anda boleh create ads melalui 2 akaun di Tiktok samada di Tiktok Ads Manager dan juga di Business Center. Banyak fungsi yang terdapat dalam Business Center lebih lagi jika anda seorang pengurus iklan digital yang mengurus pengiklanan bagi pihak client.


Diatas adalah contoh iklan untuk SH Network Media yang dijalankan dalam masa 24 jam. Dalam membuat iklan di Tiktok, anda boleh create terlebih dahulu asset (bina & edit) dan selepas itu boleh digunakan dalam Campaign yang anda akan gunakan. Pastikan anda baca rules/policy dalam Tiktok Ads dahulu jika mahu iklan anda berjalan dengan lancar, ya?

Selesai membina video ads anda di section Assets boleh teruskan membuat setting di Campaign. Ini paparan dashboard bagi menyampaikan iklan anda kepada audience yang telah anda sasarkan. Pastikan sasaran dan creative ads anda selari jika anda mahu iklan anda sampai pada audience.

Paparan diatas menunjukkan ads percubaan SH Network Media boleh meletakkan laman web rasmi bisnes anda dan juga Call To Action (CTA) bagi engage audience anda dengan CTA yang mampu triggered mereka untuk hubungi anda. Jika ada logo bisnes, elok diletakkan dalam setup membolehkan brand logo anda dapat dilihat dalam iklan di Tiktok.
Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat dan boleh share dengan rakan-rakan digital marketer yang lain
Shahrul Shaharuddin
Founder SH Network Media
15 Mei 2021 | 8.37 am